Artikel

AirAsia Perolehi Kelulusan Danajamin – Bagi Pembiayaan Sehingga RM500 Juta

Di bawah Skim Jaminan Prihatin Danajamin – iaitu sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Malaysia untuk depani pandemik COVID-19, kini AirAsia Group menerima kelulusan Danajamin Nasional Berhad untuk 80% pinjaman bagi pembiayaan sehingga RM500 juta.

Untuk makluman, pinjaman tersebut diluluskan di bawah kemudahan pembiayaan bersindiket dengan jaminan Danajamin melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) – iaitu sebuah entiti milik penuh Kementerian Kewangan negara (MoF).

Menerusi kelulusan ini ia memaparkan sokongan kerajaan kepada AirAsia untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam memulihkan semula struktur ekonomi perjalanan Malaysia.

Berdasarkan kenyataan, pembiayaan ini meliputi peruntukan modal kerja, menampung kos petugas dan perbelanjaan operasi utama seperti penyelenggaraan pesawat – bagi persediaan pembukaan domestik dan antarabangsa kelak.