Penyusutan kekayaan peribadi Mark Zuckerberg kini telah menyebabkan penurunan kedudukannya pada senarai individu terkaya di dunia.
Berdasarkan Bloomberg Billionaires Index, penurunan kekayaan lebih AS$6 bilion ini didorong atas faktor penyusutan saham Facebook yang berlaku sehingga kadar 4.9%.
Ia membawa tambahan kepada 15% penurunan sejak pertengahan September lalu.
Untuk makluman, penurunan harga sahan tersebut telah mengakibatkan kekayaan Mark Zuckerberg di bawah kedudukan Bill Gates iaitu di tangga ke-5 dengan nilai AS$121.6 bilion berbanding AS$140 bilion sebelum ini.