Artikel

Perjalanan Rentas Negeri – Rakyat Malaysia Perlukan 2% Lagi, Untuk Capai Paras 90% Lengkap Vaksinasi

Data 4 Oktober kini memperlihatkan rakyat negara memerlukan hanya 2% sahaja lagi, untuk mencapai sasaran 90% lengkap vaksinasi bagi perolehan kemudahan lain.

Antaranya adalah kebenaran rentas negeri.

Perkara itu, telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada ciapan Twitternya hari ini (5 Oktober).

Di mana menurutnya, tidak sekadar memiliki kebenaran merentas negeri, tetapi orang awam juga tidak lagi perlu menggunakan MyTravel Pass bagi tujuan perjalanan ke luar negara.

Untuk makluman negara kini sekurang-kurangnya telah mencapai paras 88.0% bersamaan 20.6 juta bagi individu dewasa yang telah melengkapkan vaksinasi mereka. Sementara perolehan 1 dos pula telah mencapai 94.4%.

Melihat pada momentum ini, dijangka awal pada bulan Oktober ini – negara berpotensi melaksanakan aktiviti rentas negeri. Walaupun tidak mengetahui butiran lanjut berhubung kebenaran rentas negeri – orang awam diingatkan untuk melengkapkan vaksinaasi mereka di mana-mana PPV serta mengamalkan pemakaian pelitup muka, membersihkan tangan, menjaga jarak fizikal dan mengelakkan dari kesesakan tempat awam.