Ini kerana laluan Fasa Pertama tersebut membabitkan Stesen Kwasa Damansara dan Stesen Kampung Batu telahpun mencapai paras ketersediaan di tahap 99.9%.
Berita baik ini dilihat akan membuka lebih banyak peluang dan struktur ekonomi yang boleh diterokai negara, melalui akses pengangkutan kepada masyarakat.
Sementara itu, bagi Fasa Kedua yang membabitkan dari stesen Kentonmen ke Putrajaya Sentral pula ketika ini telah mencapai para ketersediaan sekitar 93.52%. Laluan ini dijangka dapat beroperasi menjelang Januari 2023 kelak.
Adanya kemudahan ini, ia berpotensi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan memenuhi matlamat negara dalam kelestarian.