Artikel

Selamat Tinggal SMS TAC – Maybank2U Hanya Menyokong SecureTAC Untuk Transaksi Melangkaui RM2,000 Bermula 6 Oktober

Maybank kini telah mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan SMS TAC untuk transaksi melangkaui RM2000 melalui Maybank2U, dan memerlukan pengguna menggunakan pengesahan berasaskan Secure2U.

Perubahan ini akan dilakukan Maybank bermula daripada 6 Oktober 2021 ini.

Maybank sedia menekankan kaedah penggunaan Secure2U untuk transaksi sejak sebelum ini, mengatakan ia menawarkan sekuriti yang lebih baik kepada pengguna, disamping lebih memudahkan pengguna dalam mengesahkan sesuatu transaksi.

Bagi anda yang menggunakan Maybank2u, boleh mengaktifkan Secure2U hari ini, dan kekal melakukan transaksi dengan selamat melalui Maybank.