Artikel

Bermula Oktober, Penggunaan Kaedah Campuran Vaksin Bagi Dos Penggalak Dibenarkan

Usaha negara dalam meningkatkan capaian tahap kesihatan dalam kalangan masyarakat negara ketika era pandemik ini, akan mula diperluaskan menerusi pengagihan dos penggalak.

Kini kerajaan negara mula membenarkan penggunaan kaedah heterologi atau lebih difahami sebagai campuran vaksin untuk pemberian dos penggalak pelalian COVID-19. Ia dijadualkan akan bermula pada bulan Oktober ini.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin – kesepakatan kebenaran itu telah dicapai, melalui penilaian bersama Jawatankuasa Khas Jaminan akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada mesyuarat minggu lalu.