Artikel

Lebih 300,000 Syarikat, 2.9 Juta Pekerja Di Malaysia – Terselamat Daripada Risiko Penutupan Operasi Serta Pengangguran

Walaupun paras pengangguran Malaysia ketika ini di tahap 4.8% iaitu bersamaan dengan 768,700 penganggur dicatatkan – pentadbiran negara kekal optimis dengan tindakan bantuan – di mana berjaya menyelamatkan lebih 300,000 syarikat daripada menutup operasi dan sekitar 2.9 juta pekerja daripada risiko diberhentikan pekerjaan.

Kenyataan Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada sidang parlimen hari ini (4 Oktober) memperincikan usaha di berpaksikan kepada peruntukan dana yang telah diterapkan. Antaranya RM18 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) untuk menjamin kelangsungan operasi dan kebajikan pekerja.

Menurut KSM meskipun pihaknya tidak dapat memberi jaminan akan perolehan pekerjaan kepada para penganggur namun pelbagai inisiatif peluang pekerjaan bersama Majlis Pekerjaan Negara (MPN), PERKESO, MyFutureJobs dan MEDAC sedang dilaksanakan.

Selain memberi penegasan mencapai sasaran mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan – KSM turut menyatakan pelbagai insiaitif meningkatkan kemahiran pekerja turut tersedia.