Artikel

Sedari Bantuan One-Off Tidak Mencukupi – Kerajaan Teliti Pemberian Modal Kepada PKS Mikro

Ekonomi negara harus diberi keutamaan, dalam apa jua bantuan dana demi merancakkan semula dinamik pertumbuhannya. Meneliti tindakan pemberian bantuan ‘one-off’ yang dikira masih tidak mencukupi buat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negara, kerajaan kini merancang menawarkan pemberian modal kepada mereka.

Perkara itu sedang disemak oleh Kementerian Kewangan (MoF) bersama pentadbiran negara.

Menurut Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri, sekadar memberi dana mikro RM3,000 secara one-off tidak menjamin kelangsungan perniagaan tersebut setelah ekonomi dibenarkan beroperasi semula.

Pemain ekonomi negara memerlukan modal yang lebih tinggi, untuk tunggu pengukuhan premis mereka.

Maka, perancangan ini kelak akan memperlihatkan pembentukan jawatankuasa untuk pengumpulan data, bantuan dan sokongan pentadbiran dapat diselaraskan. Termasuklah hasil bantuan yang telah dicapai.

Usaha ini akan memberi gambaran kepada kerajaan untuk mengetahui status terkini aliran ekonomi negara dalam pelbagai segmen.