Artikel

ASNB Kini Laksana Polisi Nombor Telefon Mudah Alih Tunggal – Atasi Ancaman Ketirisan Data Pengguna

Usaha memperkasakan perlindungan data peribadi pengguna dan ancaman dalam arena pelaburan khususnya pada platform atas talian perlu dipergiatkan segera untuk mengelakkan daripada sebarang gejala jenayah siber berlaku.

Meneliti tuntutan itu, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini mula melaksanakan polisi nombor telefon mudah alih tunggal terhadap semua pemegang akaun ASNB.

Jika sebelum ini, ASNB membenarkan perkongsian nombor telefon untuk akaun yang berbeza – bagi memudahkan pemegang unit mengurus akaun milik ahli keluarga, khususnya ibu bapa dan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun. Namun kini kepelbagaian peranan nombor telefon telah mula diperluaskan, maka kriteria sebelum sudah tidak relevan, di mana ia berpotensi mengundang kepada ketirisan data sekiranya pengguna masih berkongsikan nombor telefon pada akaun berbeza.

ASNB melihat pengenalan polisi ini akan membantu meningkatkan aspek keselamatan pengguna – dari sisi pengesahan maklumat diri.

Maka pemegang akaun tidak perlu risau akan sebarang kesulitan yang timbul pada sistem. Sekiranya pemegang unit ASNB yang mempunyai rekod duplikasi nombor telefon dalam pelbagai akaun, pihak pengurusan akan memaklumkan percanggahan tersebut melalui khidmat SMS dan e-mel untuk pengguna berhubung bersama cawangan dan ejen ASNB terdekat bagi tujuan pengesahan nombor telefon.

Selanjutnya, ASNB akan mengaktifkan peraturan satu nombor satu akaun dan membatalkan penggunaan nombor telefon yang sama ke atas akaun ASNB yang lain.

Untuk makluman, penambahbaikan ini telah disediakan sejak 25 September pada pautan atas talian serta aplikasi myASNB. Sebarang makluman seterusnya, semua pihak boleh hubungi pusat khidmat pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899.