Artikel

Thailand Sedia Terima Pelancong Dari Seluruh Dunia – Termasuklah Malaysia, Dengan Syarat Perlu Lengkapkan Vaksinasi

Pembukaan Phuket menerusi skim sandbox pelancongan Thailand kini diperluaskan kepada 80 negara. Ini bermakna, pihak pelancongan Thailand bersedia untuk menerima mana-mana kunjungan dari pelawat di seluruh dunia.

Bagaimanapun, kriteria tersebut perlu dipenuhi dengan melengkapkan vaksinasi COVID-19 terlebih dahulu.

Melalui syarat ini, dengan jaminan keselamatan kesihatan para pelancong dibenarkan untuk menempah percutian di Phuket.

Adanya kelonggaran ini, ia membolehkan pelancong dari Malaysia dan Indonesia yang telah menerima vaksin – hadir berkunjung ke Thailand. Tindakan ini tidak hanya meningkatkan jumlah pelancong tetapi turut merancakkan lagi aliran tunai pada pertumbuhan pelancongan negara tersebut.

Setakat ini, program sandbox ini berjaya menarik lebih 38,000 pengunjung ke Phuket dan menjana sekitar AS$66.67 juta pada pelaksanaaannya.

Selanjutnya berdasarkan perancangan – pentadbiran Thailand memaklumkan akan membuka 5 lokasi pelancongan di negara tersebut kepada pelancong asing. Antaranya adalah destinasi Bangkok, dijangka pada November kelak.