Artikel

78% Syarikat Kini Kembali Beroperasi – Pada Kapasiti Tertentu Mengikut Tahap Vaksinasi Pekerja

Meskipun masih tidak mencapai paras kapasiti penuh pekerja, sekitar 78% syarikat yang diperhatikan pada nota penyelidikan RAM Holdings – memaparkan pihaknya telah kembali beroperasi, mengikut kapasiti berdasarkan kelengkapan vaksinasi.

Melalui dapatan RAM Holdings, 42% syarikat telah memulakan operasi – sementara 36% daripada jumlah keseluruhan adalah sektor kepentingan yang telah dibuka sepanjang tempoh sekatan PKP negara ini iaitu sejak Mac 2020.

Walaupun tidak semua syarikat berupaya beroperasi pada kapasiti 100%, namun angka tersebut setakat ini telah berjaya dipenuhi oleh 20% syarikat sahaja. Ini bermakna pengurusan majikan ia telah berjaya menyediakan jaminan keselamatan operasi dalam kalangan pekerja mereka.

Manakala, bagi sejumlah 32% syarikat yang lain pula memaklumkan kapasiti 100% itu dapat dipenuhi pada suku keempat tahun ini dan 33% syarikat pula dijangka pada suku pertama 2022 kelak.