Rakyat Malaysia sedia maklum akan sasaran kerajaan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri dapat dilakukan pada Oktober 2021 ini.
Berdasarkan data 30 September oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), negara kini sekurang-kurangnya telah mencapai 86.3% iaitu bersamaan 20.2 juta individu yang telah melengkapkan vaksinasi mereka.
Sementara penerimaan 1 dos vaksin pula telah mencecah paras 94.2% iaitu bersamaan dengan 22.04 juta individu di negara.
Melihat pada momentum ini, dijangka awal Oktober negara berpotensi melaksanakan aktiviti rentas negeri. Ketika ini, jumlah pemberian dos vaksin harian telah mencecah 32,163 suntikan setiap hari.
Data CITF itu, jelas menunjukkan komitmen pihak kesihatan untuk memastikan keselamatan dan risiko penularan dikurangkan kepada orang awam.
Meskipun, masih tidak mengetahui lanjut berhubung kebenaran rentas negeri – orang awam sentiasa diingatkan untuk melengkapkan vaksinaasi mereka di mana-mana PPV serta terus mengamalkan pemakaian pelitup muka, membersihkan tangan, menjaga jarak fizikal dan mengelakkan dari kesesakan tempat awam.