Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) semalam (30 September) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021 sebanyak RM650.73juta.
Jumlah itu merangkumi dana unit amanah harga tetap Amanah Saham Malaysia 3 (ASM3) sebanyak RM593.04 juta. Pengagihan pendapatan 4.00 sen seunit ini dijangka dapat memanfaatkan sekitar 525,038 pemegang unit dana tersebut.
Selain itu turut meliputi pengagihan pendapatan bagi dana harga berubah (ASN Equity 5) berjumlah RM9.8 juta dan ASN Sara (Mixed Aset Conservative) 2 (ASN Sara 2) pula berjumlah RM47.88 juta.
Untuk makluman, pengagihan pendapatan ini diperolehi berasaskan dana keuntungan direalisasi, dividen dan pendapatan seperti pelaburan tempatan serta antarabangsa. Ia didorong pada pemulihan pasaran kewangan global dan domestik secara beransuran.
Pada pengamatan aliran, pelaburan antarabangsa meningkat secara ketara dengan sumbangan di antara 32% dan 73%.
Malah usaha Permodalan Nasional Berhad dalam pelbagai pelan strategik turut mencetus kepada peningkatan prestasi pulangan kepada para pemegang unit.
Meskipun, kedudukan pasaran tidak menentu PNB tetap memberikan pulangan yang komited kepada para pemegang unit bagi dana-dana terbabit.