MR DIY, syarikat barangan penambahbaikan kediaman ini – sejak Jun lalu telah menyatakan perancangan mereka untuk perluasan rangkaian di seluruh negara.
Aspek perluasan ini menurut MR DIY, ia didorong atas perubahan sikap pengguna ketika era pandemik. Pengaturan perbelanjaan yang terhad, menjadikan pengguna lebih memilih harga barangan berpatutan, di samping fungsi barangan yang bermanfaat.
Maka penjimatan dapat dilakukan, tanpa pembaziran.
Pelaksanaan 35 cawangan ini pada dorongan itu, akan membabitkan 3 jenama di bawah MR DIY iaitu 12 cawangan MR DOLLAR, 6 cawangan MR TOY, 3 cawangan MR DIY Express dan 12 cawangan lain adalah MR DIY.
Melalui perancangan pembukaan di 7 buah negeri ini ia dijangka akan terus memacu pertumbuhan MR DIY dalam memenuhi permintaan pengguna. Lebih menarik, secara keseluruhan pembukaan ini akan menjadikan jumlah cawangan kumpulan adalah 830 cawangan.