Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu mengambil keputusan persetujuan agar semuah Ahli Jemaah Menteri, membentangkan laporan prestasi mereka bagi khidmat 100 hari pertama di bawah pentadbiran, yang berkuat kuasa pada 1 September lalu.
Berdasarkan jangkaan, pemantauan prestasi ini akan diteliti pada awal Disember 2021 kelak.
Penilaian prestasi setiap Menteri akan didasari berpaksikan 3 elemen utama, iaitu;
- Penilaian Prestasi Kementerian/Jabatan
- Penilaian Kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif
- Penilaian Persepsi Awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan Jabatan dibawahnya
Tidak hanya 3 tumpuan penting ini perlu dipenuhi setiap kementerian dan jabatan, namun setiap Ahli Jemaah Menteri juga perlu mengemukakan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari kepada rakyat untuk menilai prestasi Menteri serta Kementerian yang terlibat.
Untuk makluman umum, setiap kementerian dan jabatan perlu memenuhi kriteria insiatif aspirasi yang telah ditekankan, iaitu;
- Menstruktur semula ekonomi
- Menjamin keselamatan dan kententeraman negara
- Meningkatkan kesejahteraan sosial
- Mempertingkatkan infrastruktur menyeluruh
- Memperkukuhkan penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia
- Memperkasakan penyampaian perkhidmatan
Melalui 6 teras sedemikian seharusnya, semua pihak kementerian dan jabatan dapat memenuhi keperluan rakyat Malaysia dengan tepat, khususnya ketika era ketidaktentuan ekonomi ini.