Artikel

Mazda, Toyota, Honda – Antara Pengeluar Kenderaan Jepun Terlibat, Sasar Pengurangan Kos Dalam Pakatan JAMBE

Dalam usaha untuk mempercepat pembangunan dan mengurangkan kos, 10 entiti terdiri daripada pengeluar kenderaan Jepun serta pembekal alat ganti utama – memaklumkan ketersediaan mereka untuk menyeragamkan cara rekaan kenderaan.

Antara yang terlibat adalah 5 pengeluar kenderaan Mazda Motor, Toyota Motor, Honda Motor, Nissan Motor dan Subaru bersama dengan 5 pembekal alat ganti iaitu Denso, Panasonic, Mitsubishi Electric, Aisin dan Jatco akan menjadi anggota JAMBE – Japan Automotive Model-Based Engineering untuk mempromosikan pembangunan berasaskan model.

Melalui aturan itu, ia berupaya akan menghasilkan rekaan kenderaan secara digital dan dapat digunapakai untuk simulasi. Maka secara terus memudahkan pihak penyedia mengenalpasti permasalahan pada pembangunan produk, berbanding menguji protaip sebenar.

Usaha ini lebih efektif dan menjimatkan kos pembangunan.

Pada laporan Nikkei Asia, turut menyatakan aturan tersebut memudahkan pengeluar kenderaan dan pembuat komponen mengetahui keperluan yang sewajarnya pada fasa pengubahsuaian tanpa membuang masa.

Selain itu, melalui penyertaan kemasukan pembekal alat ganti kecil pada pengaturan ini – akan mendorong daya saing yang lebih baik dalam industri automotif Jepun, terutama pemerkasaan pada ujian kenderaan elektrik dan teknologi baru.

Untuk makluman, Mazda adalah salah satu pembuat kenderaan Jepun pertama yang menggunakan pendekatan ini, sepenuhnya  pada tahun 2000-an.

Peralihan Mazda ke pembangunan berdasarkan model menyebabkan lahirnya teknologi Skyactiv yang menjimatkan bahan bakar, yang dimasukkan ke dalam SUV CX-5 yang keluarkan pada tahun 2012 dan terbukti menerima permintaan tinggi dalam kalangan pemandu.

Mazda dapat mengurangkan separuh masa yang diperlukan untuk mengembangkan mesin menggunakan pengembangan berdasarkan model. Dengan saingan seperti Toyota dan Honda yang kemudian memperkenalkannya, pendekatan reka bentuk menjadi arus utama di kalangan pembuat kenderaan.

Selain itu, pendekatan ini turut diterapkan pada industri automotif Eropah antaranya seperti Daimler, BMW, Robert Bosch, dan Continental.