Artikel

BPMB Kini Ambil Alih Danajamin Nasional

Strategi kerajaan dalam mengukuhkan ekosistem kewangan pembangunan negara kini memperlihatkan peralihan 100% kepentingan Danajamin Nasional kepada Bank Pembangunan Malaysia (BPMB).

Untuk makluman, Danajamin Nasional Bhd adalah syarikat insurans jaminan kewangan pertama negara – peralihan ini memperlihatkanĀ  perjanjian persefahaman telah dilaksanakana antara BPMB, Credit Guarantee Corporation (CGC) dan Kementerian Kewangan (Diperbadankan) MoF Inc.

Melalui peralihan ini ia akan memaparkan keterampilan Danajamin selaku anak syarikat milik penuh BPMB dan secara terus menyasarkan pengukuhan pada DFI-Institusi Kewangan Pembangunan negara.

Menurut Datuk Seri Nazir Razak, Pengerus BPMB adanya usaha peralihan ia akan membuka ruang untuk pembangunan ekonomi negara memanfaatkan modal subsidi kepada peminjam yang tersisih. Perolehan Danajamin turut dijamin melengkapkan tawaran perniagaan dan produk BPMB kepada sektor perniagaan negara.

Berdasarkan kenyataan, kesepakatan ini hanya dapat diselesaikan sekitar bulan November kelak – setelah fasa audit sementara tersedia.