Temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari sehingga 20 Februari di Beijing, China dinyatakan akan dilaksanakan – tanpa kehadiran penonton luar negara.
Makluman Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada minggu ini, merujuk kepada pengeluaran tiket yang terhad, di mana hanya memberi ruang kepada penonton yang berada di China sahaja.
Keputusan ini telah mengambilkira penilaian bersama pihak penganjur, bagi menjamin keselamatan petugas dan atlet yang terlibat.
Untuk makluman, hanya pihak yang melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka sahaja dibenarkan sertai acara ini, sementara atlet yang tidak menerima suntikan atas faktor kesihatan, pihak penganjur akan mempertimbangkan kes mereka.
Berdasarkan kenyataan, maklumat terperinci berhubung pelaksanaan temasya hanya akan diketahui pada Oktober ini – oleh IOC bersama penganjur China.