Artikel

Selangor, KL, Putrajaya Dan Melaka Kini Beralih Ke Fasa 3 – Manakala Kedah Pula Beralih Fasa 2 PPN

Mulai 1 Oktober ini, Selangor, Melaka berserta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mula beralih ke Fasa 3 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tidak hanya kawasan itu sahaja – namun negeri Kedah pula turut beralih ke Fasa 2 PPN.

Makluman ini telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri pada hari ini (29 September). Peralihan ini didasari berasaskan garis panduan yang ditetapkan di bawah PPN. Iaitu kadar kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil unit ICU dan peratusan kelengkapan vaksinasi penduduk negeri.

Untuk makluman, ini perincian terkini peralihan negeri mengikut Fasa di bawah PPN;

Fasa 4 PPN

  • Labuan
  • Negeri Sembilan

Fasa 3 PPN

  • Perlis
  • Sarawak
  • Pahang
  • Terengganu
  • Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Melaka
  • Putrajaya

Manakala Fasa 2 PPN adalah;

  • Perak
  • Johor
  • Kelantan
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Kedah