Artikel

62% Pelabur Malaysia Pertimbang Sertai Pelaburan Aset Digital, Bagi Pelbagaikan Portfolio – Luno

Kesejahteraan kewangan kini tidak hanya tertakluk kepada perolehan aset fizikal sahaja tetapi ia mula meluas kepada aset digital – seiring dengan penerapan digitalisasi di peringkat dunia.

Berdasarkan dapatan Luno pada tinjauan memaham Tabiat Pengurusan Kewangan Rakyat Malaysia yang dikendalikan oleh YouGov – memaparkan 60% rakyat negara mengakui kekayaan antara faktor pemangkin untuk mencapai kebebasan kewangan dalam individu dan isi rumah.

Untuk itu, 62% pelabur negara memaklumkan hasrat pertimbangan mereka terlibat dalam pelaburan aset digital, merangkumi kriptowang bagi mempelbagaikan portfolia mereka.

Sementara 37% responden pada tinjauan pula menyatakan keupayaan kriptowang pada segmen pelaburan adalah bersifat jangka masa panjang dan 40% responden menyokong dengan kenyataan penggunaan kriptowang selaku ciri simpanan adalah suatu kaedah alternatif yang boleh diterokai semua pihak.

Melihat pada ketersediaan semua pihak untuk menerokai pelaburan kriptowang, sokongan pihak pentadbiran dan indsutri perlu menjadi lebih mampan. Bagi mengalakkan pendedahan didikan kewangan digital diperluaskan kepada masyarakat peringkat awal.

Menurut tinjauan, 34% daripada mereka yang tidak melabur pada ketika ini menyatakan bahawa mereka akan mula melabur dalam kriptowang jika ada pendidikan kewangan yang lebih baik tentang bagaimana untuk berdagang aset digital dengan betul.

Manakala, 46% daripada kumpulan yang sama berharap bahawa bursa aset digital yang dikawal selia tempatan akan turut menampilkan lebih banyak lagi sumber pendidikan kewangan yang mudah difahami untuk tingkatkan kadar keyakinan pelaburan.

Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang melihat pelbagai lagi usaha selanjutnya perlu dipergiatkan semua pihak. Meskipun penerapan kriptowang di negara adalah stabil namun pendedahan isu ini harus disegerakan.