Artikel

Sekitar RM700 Juta Pinjaman Individu Dicatatkan Di Malaysia, Sepanjang Separuh Pertama 2021 – KPKT

Bagi tempoh 6 bulan pertama 2021, rakyat negara telah meminjam sekitar RM2.2 bilion daripada syarikat kredit komuniti atau penyedia pinjaman wang berlesen di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jumlah pinjaman ini merangkumi syarikat serta individu. Berpaksikan dapatan, 32.1% iaitu RM700 juta daripada jumlah keseluruhan adalah pinjaman yang dilakukan oleh individu di Malaysia.

Meskipun tidak memaklumkan aspek risiko atau purata had pendapatan yang melakukan pinjaman, data ini secara terus menunjukkan, kesukaran semasa jelas mendorong tindakan orang awam untuk melaksanakan pinjaman untuk menyeimbang perbelanjaan mereka.

Buat masa ini, pihak KPKT akan melanjutkan pengumpulan data bagi tempoh Julai hingga Disember kelak dan akan memperincikan makluman tersebut dari semasa ke semasa.