Aliran permintaan yang tinggi secara mendadak, berupaya menjadi pencetus kepada peningkatan harga minyak dunia – yang dijangka berpotensi capai di paras AS$100 setong seperti tahun 2014 lalu.
Menurut laporan Bloomberg, permintaan minyak mentah dunia disasar melonjak sekitar 4.2 juta setong sehari.
Berdasarkan pengamatan nota penyelidikan RHB Investment Bank – situasi ini mampu menaikkan nilai minyak pada kadar yang berbeza. Ini akan memberi tekanan kepada OPEC – Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum akan risiko untuk mengurangkan kapasiti pengeluaran kepada 2 juta tong sehari.
Bagaimanapun, OPEC ketika ini dilihat berupaya menampung pasaran semasa dan berada dalam status positif.
Untuk makluman, pasaran minyak pernah menyaksikan purata harga minyak dunia kekal di atas AS$100 setong adalah sejak separuh kedua 2014. Namun ia berakhir setelah AS meningkatkan pengeluaran dan keengganan OPEC untuk pertahankan harga bagi mengimbangi persaingan AS.
Setakat ini, unjuran paras harga minyka akan didorong berasaskan proses pemulihan global bersama komitmen OPEC+ untuk membantu menstabilkan pasaran.