Perdagangan negara kini menunjukkan aliran yang positif dengan peningkatan 15.7% kepada RM169.8 bilion bagi rekod pertumbuhan Ogos 2021.
Perolehan ini lebih baik berbanding data tahun lalu sekitar RM146.7 bilion. Di mana eksport kembali mencatatkan prestasi lebih tinggi berbanding import dengan lonjakan 18.4% kepada RM95.6 bilion tahun ke tahun.
Sementara import pula meningkat12.5% kepada RM74.2 bilion.
Menurut Datuk Seri Mohd Uzir Ketua Perangkawan Malaysia – kenaikan eksport telah disokong oleh pertumbuhan eksport domestik (RM79.1 bilion) dan eksport semula (RM16.5 bilion).
Seterusnya meskipun prestasi bulan ke bulan memaparkan rentak yang perlahan namun lebihan dagangan negara meningkat 55.5%. Ini memperlihatkan peningkatkan eksport disumbangkan ke:
- Singapura (+RM2.4 biion)
- Jepun (+RM1.8 bilion)
- Amerika Syarikat (+RM1.2 bilion)
- Indonesia (+RM1.1 bilion)
- Hong Kong (+RM1.0 bilion)
- Australia (+RM825.8 juta)
- China (+RM814.8 juta)
Sementara untuk kenaikan pada penyumbang utama import;
- China (+RM3.2 bilion)
- Indonesia (RM1.7 bilion)
- Kesatuan Eropah (+RM1.5 bilion)
- Korea (+RM1.5 bilion)
- Jepun (+RM759.5 juta)