Artikel

Menjelang 2025 – MOSTI Sasar Ketersediaan 130 Penyelidik Bagi Setiap 10,000 Tenaga Buruh

Ekosistem R&D, penyelidikan dan pembangunan negara wajar diperkasakan secepat mungkin. Merangkumi kenaikan peruntukan dan penyertaan pemain industri.

Berdasarkan data asas pada laporan, hampir 70% penyelidik adalah tertumpu di peringkat universiti dan Malaysia sekadar memiliki 50 penyelidik untuk setiap 10,000 tenaga buruh di negara.

Ini menunjukkan kekurangan pada peringkat industri.

Maka penetapan penglibatan harus dipertingkatkan sekitar 130 penyelidik dalam 10,000 tenaga buruh. Ini meliputi ketersediaan penyelidik dalam pelbagai sektor seperti sains, teknologi, industri, pertanian, aeroangkasa serta bahagian rekaan.

Adanya sasaran sedemikian, ia akan membantu mempergiatkan tahapĀ  pengkomersialan negara serta penerapan inovasi di setiap sektor.