Artikel

Sekitar 10,317 Individu Di Malaysia – Kini Diisytiharkan Bankrap Bagi Mac 2020-Julai 2021

Ketidaktentuan ekonomi dan kesihatan ketika ini, telah menjejaskan pendapatan serta kerjaya bagi kumpulan individu tertentu. Situasi ini berlaku kepada rakyat negara sejak Mac 2020.

Data Jabatan Insolvensi Malasia (Mdl) sehingga Julai 2021, memaparkan sekitar 10,317 individu yang didaftar kes kini telah diisytiharkan bankrap. Perkongsian data ini dilakukan bersama jawapan bertulis Dato’ Sri Ismail Sabri pada sidang parlimen – di mana, ini termasuklah paparan angka syarikat yang terpaksa menutup keseluruhan operasi.

Setakat ini, sejumlah 1,246 syarikat berdaftar telah gulung tikar bagi tempoh tersebut.

Berdasarkan data, Wilayah Persekutuan dan Selangor menyaksikan jumlah bankrap yang tinggi untuk individu serta muflis bagi syarikat.