Artikel

Dell, USM – Atur Kerjasama Pergiatkan Usaha Pembangunan Kebolehpasaran Graduan

Keperluan memantapkan kebolehpasaran negara harus dilakukan secara bersama – ia meliputi pemain industri dan pengamal pendidikan Malaysia. Melihat tuntutan itu, Dell Technologies bersama Universiti Sains Malaysia (USM) kini telah memeterai persefahaman selama 2 tahun bagi mengetahui dan memenuhi permintaan pasaran pekerjaan negara.

Adanya kolaborasi di bawah Program USM Life ini, ia akan membantu graduan memahami kriteria pasaran pekerjaan. Maka tindakan penyediaan platform ini dapat memberi maklum balas kepada pengamal pendidikan berhubung penawaran kos dan ketersediaan kemahiran di peringkat pengajian.

Melalui sasaran itu ia akan menyokong daya kreativiti serta meningkatkan pengalaman kerjaya kepada para graduan.

Menurut Naib Canselor USM Professor Dato’ Dr. Faisal Rafiq – usahasama ini akan memberi pendedahan kepada pelajar berhubung peluang ekonomi digital, di samping dapat memanfaatkan pengumpulan data serta teknologi Dell berhubung kebolehpasaran industri.