Artikel

AirAsia X Papar Kerugian Berjumlah RM24.63 Bilion

Susulan kedudukan semasa, AirAsia X kini memaparkan jumlah kerugian bersih di paras RM24.63 bilion palada laporan suku tahunan yang berakhir 30 Jun lalu.

Seperti yang umum ketahui, AirAsia kini alami penstrukturan semula hutangnya berjumlah RM63.5 bilion kepada pemuitang tidak bercagar dengan jumlah pokok sehingga RM200 juta.

Seperti yang dicapai, syarikat telah menerima lanjutan sehingga Mac 2022 untuk menahan perintah 15 pemuitang terhadap penyusunan semula dan perbincangan semula akan dilakukan pada pertengahan Disember kepada Mahkamh Tinggi.

Untuk makluman, tanpa isu pemiutang tersebut – AirAsia X merekodkan kerugian berjumlah RM58.16 juta (LBITDA) sebelum faedah, cukai, susut nilai dan perlunasan. Sementara pendapatan pula sekitar RM72.26 juta.