Pengenalan platform GajiNow Financing adalah sebuah platform pembiayaan patuh syariah jangka pendek. Di mana, ia berperanan membantu pekerja yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19.
Aturan usahasama antara Orpheus Capital dengan dorongan teknologi Huawei Malaysia sejak Jun lalu, beri jaminan,permohonan dapat dilakukan oleh pekerja yang memiliki gaji minimum di paras RM1,200.
Usaha pengaturan pembiayaan ini untuk menghindar para pekerja, memilih alternatif pinjaman wang yang tidak sah.
Menerusi kerjasama Huawei Malaysia – proses pembiayaan akan menjadi lebih mudah dengan sokongan teknologi entiti. Tidak hanya kemudahan akses perolehan dana tetapi turut mengelakkan pekerja dari terbabit sebarang penipuan pinjaman siber.
Selain menerapkan akses sedemikian, Huawei juga akan menerapkan amalan teknologi seperti pengumpulan data automatik, kecerasan buatan (AI) dan beberapa komponen lagi.
Sebarang maklumat lanjut pembiayaan, pembaca boleh layari pada pautan portal ini GajiNow Financing.