Artikel

Penyertaan Wanita Pada Sektor Ekonomi Malaysia, Dijangka Capai 59% – Menjelang Tahun 2025

Jurang Indeks Gender Malaysia (MGGI) negara menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ketika ini masih lagi tidak seimbang dengan mencatatkan 0.709 mata. Kekal rendah di bawah paras ketetapan dunia.

Untuk makluman, Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebelum ini telah memperkenalkan Indeks Jurang Gender Dunia (GGI) di mana sekiranya sesebuah negara mencapai skor 1.0 (100%) maka keseimbangan penyertaan ekonomi antara lelaki dan wanita adalah baik dan seimbang.

Maka, bagi melenyapkan jurang tersebut kerajaan persekutuan pada pembentangan RMKe-12 kini menyasarkan penglibatan wanita pada sktor ekonomi dan proses membuat keputusan akan mencapai paras 59%, menjelang tahun 2025.

Tidak hanya itu, sokongan pada segmen keusahawan wanita turut akan diperkasakan, dengan meningkatkan akses pembiayaan dan pendedahan latihan kemahiran. Pemerkasaan ini akan turut mengalakkan penglibatan wanita pada ekonomi digital.

Berdasarkan pembentangan, rangka kerja bagi memperkasakan gender ini akan diperkenalkan, termasuklah penerapan undang-undang sivil dan syariah akan diperkukuhkan untuk lindungi kebajikan wanita.