Artikel

Pelajar Kumpulan B40 Akan Diberi Keutamaan – Kemasukan Sekolah Berprestasi Tinggi, Tawaran Biasiswa

Bagi merapatkan jurang pendapatan yang semakin meningkat ketika ini, pentadbiran negara melihat penekanan dan perhatian kepada pelajar dari kumpulan B40 – harus diberi keutamaan.

Ini kerana, apabila wujudnya kesukaran aliran tunai ia akan mendorong kepada pengurangan akses para pelajar untuk melanjutkan pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, pada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), pentadbiran persekutuan telah memutuskan untuk beri keutamaan kepada pelajar B40.

Membabitkan keutamaan penawaran biasiswa dan kemasukan ke sekolah berprestasi tinggi.

Kedua elemen ini dilihat penting untuk menjadi pemangkin kepada peluang pelajar, meneroka bidang pendidikan yang lebih baik bersama bantuan pentadbiran.

Tidak hanya itu, kerajaan turut akan meningkatkan segmen kesihatan dalam kalangan kanak-kanak B40. Ini melibatkan isu kekurangan zat dan masalah tumbesaran yang semakin meningkat ketika ini.