Artikel

PM Ismail Bentang 9 Fokus Utama RMK-12 – Antaranya Basmi Kemiskinan Tegar Malaysia

Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) hari ini (27 September) memaparkan beberapa perincian berhubung hala tuju ekonomi Malaysia untuk tempoh 2021-2025.

Di dalam penjelasan pembentangan ini, terdapat 9 fokus utama digariskan oleh kerajaan untuk membantu pertumbuhan;

  • Merancakkan pertumbuhan ekonomi
  • Memperkukuh pemangkin pertumbuhan
  • Meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia
  • Memantapkan keselamatan dan ketenteraman Awam
  • Membasmi kemiskinan tegar
  • Merapatkan jurang pendapatan
  • Memperkasakan agenda Bumiputera
  • Melonjakkan pembangunan Sabah, Sarawak dan Negeri kurang membangun
  • Mempercepatkan pertumbuhan hijau
  • Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan pelaksanaan dasar berkesan

Adanya fokus sedemikian ini akan membantu negara memacu pertumbuhan di kala mendepani COVID-19 sebagai sokongan kepada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Perdana Menteri Ismail Sabri, gagasan ini akan membantu Malaysia meningkatkan semula taraf hidup orang awam sejajar dengan Agenda 2030, untuk meningkatkan nilai pendapatan dan aliran pertumbuhan negara.