Artikel

Ninja Van Kini Raih AS$578 Juta Dana Pusingan – Menampilkan Alibaba Antara Pelaburnya

Ninja Van, syarikat logistik yang berpangkalan di Singapura – bertindak selaku penyedia khidmat penghantaran di seluruh Asia Tenggara, kini telah berjaya meraih AS$578 juta pada suntikan dana pusingan terbaharu, Siri E.

Lebih menarik, pada pengumpulan pembiayaan – Ninja Van memperlihatkan Alibaba Group selaku senarai pelaburnya terkini merangkumi pelabur lain seperti B Capital Group, Monk’s Hill Ventures dan beberapa pihak.

Syarikat yang telah beroperasi sejak 2014 ini, menyatakan langkah selanjutnya pada dana pengumpulan – akan disalurkan kepada sokongan sistem infrastruktur khidmat mereka serta kelangsungan teknologi. Ini membabitkan pelan kelestarian bagi jangka masa panjang.

Menurut Lai Chang Wen, Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van pihaknya menyedari perubahan tingkahlaku pengguna pada permintaan atas talian – menjadikan perluasan khidmat penghantaran adalah peranan mereka bagi memenuhi kehendak para pengguna. Peningkatan arena e-dagang jelas merancakan dinamik pasaran Asia Tenggara.

Untuk makluman, khidmat Ninja Van meliputi rantau Asia, antaranya adalah Singapura, Malaysia, Filipina Indonesia, Thailand dan Vietnam.