Artikel

Sekitar 2,000 Guru Masih Enggan Terima Vaksin COVID-19 – KPM Kini Teliti Keperluan Pertukaran Penempatan Bertugas

Meskipun bilangan guru yang menolak vaksin COVID-19 telah mengalami penurunan dari 2,500 kepada sekitar 2,000. Perkara ini perlu di atasi segera, untuk beri jaminan kepada kesejahteraan pendidikan negara.

Maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kini sedang teliti keperluan untuk menukar penempatan guru yang enggan menerima vaksinasi. Situasi ini didorong untuk tidak menjeajskan prses pembelajaran dan pengajaran Malaysia.

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Radzi Jidin, tindakan guru sedemikian telah memberi kesan kepada perkhidmatan dan para pelajar. Jika isu ini berlarutan, ia sekadar meningkatkan lagi risiko pendidikan negara. Bagaimanapun, penelitian itu hanya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.