Artikel

Taman Tema Disasar Dibuka, Menjelang November Kelak – Selepas Lepasi Kadar 90% Vaksinasi

Sekurang-kurangnya pada November 2021 dijangka Taman Tema dapat dibuka, berdasarkan persediaan vaksinasi di paras 90% kelak.

Ketersediaan tersebut menurut Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Santhara Kumar – dilihat penting buat orang awam untuk menjadi platform hiburan keluarga, setelah lalui sekatan dalam tempoh yang lama, malah secara langsung akan menghidupkan semula sektor ekonomi taman tema dan menyokong pelancongan domestik.

Setakat ini, perincian pembukaan terbabit sedang dilakukan oleh semua pihak berkaitan dan keputusan operasi dijangka akan diketahui dalam masa terdekat.

Dengan adanya jangkaan dan penelitian tersebut, ini akan membantu kembali pertumbuhan negara. Sebelum ini, MATFA – Persatuan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia pernah menyatakan kerugian pendapatan pada 2020 bagi industri taman tema adalah sebanyak RM2.8 bilion. Seharusnya pelan pemulihan negara mengutamakan pembukaan sektor ini, malah dijangka kerugian akan terus bertambah.

Untuk makluman, sektor pelancongan ini pernah menyumbang sehingga 14.2% kepada KDNK negara pada 2018, menjadikan ia penyumbang ketiga. Maka, pembukaan segmen ini kelak akan memberi kesan yang positif pada aliran ekonomi Malaysia.