Artikel

Langkawi, Labuan Dan Negeri Sembilan – Terima Kemasukan Pelajar Sekolah Mulai 3 Oktober

Apabila sesebuah negeri atau wilayah persekutuan mengalami peralihan ke Fasa 4 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), ini bermakna kriteria kawasan sedemikian telah memenuhi syarat indikator yang diperhatikan pentadbiran – termasuklah penerimaan kemasukan pelajar sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini menyatakan, mulai 3 Oktober kawasan negeri dan wilayah di bawah Fasa 4 PPN akan mula menerima kemasukan para pelajar peperiksaan.

Ini merangkumi Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sembilan dan juga Pulau Langkawi.

Kemasukan pelajar sekolah bagi Pulau Langkawi telah diselaraskan di bawah Fasa 4 PPN, susulan pembukaan kawasan tersebut selaku destinasi gelembung pelancongan negara.

Buat masa ini, kemasukan pelajar hanya mengutamakan kelas peperiksaan bagi sekolah menengah sahaja tetapi kelak akan diikuti murid-murid sekolah rendah.

Antara SOP yang diterapkan hasil saranan KKM pada pembukaan sekolah kelak, adalah mementingkan pengudaraan bilik darjah, tidak hanya itu ia turut membabitkan bilik khas, pejabat dan seluruh kawasan berbilik di sekolah.

Melalui pengudaraan yang baik, ia akan mengurangkan risiko jangkitan. Selain itu pelabagai lagi kemudahan penjagaan lain turut tersedia, KPM akan memastikan kesejahteraan pendidikan negara dapat dijamin dan meningkatkan semula kadar persekolahan secara bersemuka kepada semua tingkatan.