Penantian semua pihak berhubung perjalanan rentas negeri – dijangka akan diketahui dalam masa terdekat, sasaran sekitar 3 minggu lagi.
Menurut Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Hishamuddin Hussein, tindakan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat – di mana aturan SOP rentas negeri akan dimaklumkan terlebih dahulu, sebelum kebenaran perjalanan dilaksanakan.
Perincian SOP akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik yang akan dikendalikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri pada minggu hadapan.
DS Hishamuddin menyatakan penilaian bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini diharapkan dapat dijayakan dalam tempoh 3 minggu.
Seperti yang umum, sedia makluma aktiviti rentas negeri turut dapat dibenarkan sekiranya populasi dewasa vaksinasi mencapai 90%. Maka orang awam yang masih tidak mendapatkan suntikan vaksin, diminta segera tampil berdaftar dan perolehi suntikan tersebut.
Adanya peningkatan ketara pada vaksinasi negara, ini akan memberi jaminan kepada semua pihak untuk memulakan kehidupan dalam norma bah