Artikel

Firma Jepun Labur RM680 Juta Di Sarawak – Bagi Kemudahan Pengeluaran Kapasitor Seramik

Firma Jepun iaitu pengilang global Taiyo Yuden kini laksana pelaburan RM680 juta bagi perluasan kemudahan pengelaran kapasitor seramik di Kuching, Sarawak.

Pelaburan membabitkan kemudahan seluas 36,500 meter persegi ini akan mengetengahkan penggunaan peralatan canggih, teknologi beserta penjimatan tenaga pada penghasilan bumbung berkuasa solar. Ciri ini secara terus meningkatkan kecekapan kelestarian pengeluaran.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melihat pembabitan pelaburan ini akan membawa kepada 2,000 peluang pekerjaan baharu bagi segmen kemahiran tinggi.

Selain itu, situasi ini masih memberi gambaran Malaysia kekal tampil selaku hab pusat pengeluaran global dan akan turut memberi kelebihan kepada sektor negara memanfaatkan ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) Taiyo Yuden.

Perolehan pelaburan ini juga menjadi petunjuk baik buat ekonomi negara untuk meningkatkan lagi kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.