Pengiktirafan sijil vaksinasi COVID-19 antara negara penting untuk dilaksanakan. Ia tidak hanya meliputi hubungan diplomatik namun turut memberi akses kesinambungan ekonomi antara negara.
Majlis Pemulihan Negara (MPN) memaklumkan kesepakatan tersebut akan dicapai oleh Malaysia dan Singapura dalam tempoh terdekat.
Usaha ini secara langsung memudahkan akses pergerakan sempadan bagi kedua-dua negara. Buat masa ini, Malaysia-Singapura masih mengfokuskan kepada penyelarasan vaksinasi. Apabila telah capai peringkat peratusan populasi yan disasarkan, lanjutan pengiktirafan ini akan dilakukan.
Tindakan ini turut akan diperhalusi berdasarkan pemerhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama pakar dan bahagian keselamatan sempadan, iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN).