Artikel

Kira-Kira 70 Juta Warga Di Rantau Asia Tenggara, Kini Tampil Selaku Pengguna Digital – Facebook

Penerapan norma baharu sejak tahun 2020, telah membuka ruang kepada landskap ekonomi digital Asia Tenggara untuk berkembang pesat, di samping menjamin kesejahteraan kesihatan pengguna. Perkara itu dapat diperlihat pada tinjauan Facebook berhubung aliran ekonomi ketika ini.

Menurut Benjamin Joe, Naib Presiden rantau Asia Tenggara dan Pasaran Sefan Membangun Facebook meneliti peralihan penerapan ekonomi Asia Tenggara telah lepasi anggaran awal pihak atasan.

Di mana, sekitar 70 juta warga rantau ini yang bersamaan dengan penduduk United Kingdom kini telah menjadi pengguna digital.

Sudah pasti potensi ini, turut didorong penyediaan media sosial yang meningkatkan lagi pemasaran platform atas talian kepada pengguna. Bagi tindakan lanjutan, Facebook kini bercadang membantu perniagaan di Asia Tenggara untuk meningkatkan pertumbuhan mereka.

Segala inisiatif usaha memperkasakan perniagaan itu, akan dilakukan pada siri ketiga Sidan Kemuncak Facebook, yang akan dijalankan pada 28 September kelak.

Untuk makluman sidang kemuncak ini akan menampilkan pelbagai pemain global dan mengetahui bagaiaman perniagaan menggunakan platform Facebook, Isntagram dan Whatsapp pada pemasaran perkhidmatan mereka.