Artikel

Setiap Premis Yang Dibenarkan Beroperasi, Kapasiti Kini Dinaikkan 100% – Namun Semua Pekerja Wajib Lengkapkan Vaksinasi

Semua pihak ketahui, kapasiti kehadiran pekerja sebelum ini diberi kelonggaran berdasarkan kadar vaksinasi sesebuah syarikat atau perniagaan. Namun, untuk perolehi kebenaran beroperasi pada kapasiti 100% – semua majikan dan pekerja perlu melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka.

Makluman Perdana Menteri Ismail Sabri pada 22 September lalu – setakat ini, semua premis yang diberi kebenaran untuk beroperasi, dibenarkan buka kapasiti kehadiran pekerja mereka sehingga 100%. Akan tetapi majikan dan seluruh pekerja wajib melengkapkan vaksinasi COVID-19.

Sekiranya masih gagal berbuat demikian, tanpa alasan kukuh – ini akan memperlahankan rentak operasi syarikat dan tidak akan membenarkan kehadiran 100% kepada perusahaan berlaku.

Untuk makluman, sebelum ini penguatkuasaan Fasa 2 PPN dan ke atas telah menggariskan kebenaran kepada sektor swasta;

  • Kapasiti 60% pekerja sekiranya 40% pekerja telah melengkapkan vaksinasi
  • Kapasiti 80% pekerja sekiranya 60% pekerja telah melengkapkan vaksinasi

Namun untuk kapasiti 100% pula, semua pekerja dan majikan perlu melengkapkan vaksinasi mereka. Tindakan ini bersesuaian dengan aturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.

Aka ini berperanan memastikan persekitaran lokasi pekerjaan adalah selamat dan tidak menerima ancaman berhubung kesihatan.