Artikel

Indonesia Kini Luluskan Projek Solar Australia-Singapura – Dengan Nilai Pelaburan AS$2.5 Bilion

Indonesia pada ketika ini, terus melebarkan kepesatan perdagangannya – dengan meluluskan rangkaian solar gergasi Australia-Singapura pada perjanjian pelaburan berjumlah AS$2.5 bilion.

Usaha ini secara langsung, membenarkan laluan Austrlia-Asia Powerlink milik Sun Cable untuk merentasi kawasan perairan Indonesia dan meluluskan permit tinjauan pada dasar laut tersebut.

Buat pengetahuan umum, AAPowerlink akan berperanan menjana tenaga elektrik suria dari salah satu projek ladang solar terbesar di dunia dan akan membekalkannya dari Darwin ke Singapura mulai tahun 2028.

Pelan ini dianggarkan akan membekalkan sehingga 15% keperluan elektrik Singapura dan mengurangkan pengeluaran karbon, pada paras 6 juta tan setiap tahun.

Bagaimanapun, syarikat ini tidak akan membekalkan tenaga yang boleh diperbaharui kepada Indonesia tetapi pihak telah mencapai sepakat untuk kemasukan pelaburan AS$1 bilion pada projek bagi sokongan peralatan, perkhidmatan dan tambahan AS$1.5 bilion pada perbelanjaan operasi sepanjang pelan ini berlangsung.

Adanya persefahaman ini, ia akan membawa kesan positif kepada ekonomi Indonesia dan mengubah keupayaan Indo-Pasifik dalam memenuhi sasaran global pada pengurangan pengeluaran karbon.