Artikel

Lebih 376,000 Pemohon Berjaya Perolehi Pekerjaan Baharu, Lepasi Sasaran Awal 2021 – PM Ismail Sabri

Setakat 10 September lalu, negara memperlihatkan lebih 376,000 pencari kerja kini berjaya memperolehi peluang pekerjaan baharu.

Angka ini lebih tinggi berbanding sasaran awal yang ditetapkan untuk 9 bulan pertama 2021, iaitu 354,276 peluang pekerjaan sehingga 30 September kelak.

Makluman Majlis Pekerjaan Negara (NEC) ini secara langsung menunjukkan, hasrat pentadbiran persekutuan untuk menyediakan 500,000 peluang pekerjaan bakal dicapai tidak lama lagi.

Tidak hanya makluman positif itu, pada masa yang sama sekitar 97,000 pekerjaan baharu melalui pelaburan negara telah disediakan. Ini merangkumi 76% daripadanya adalah kategori membabitkan mahir dan separa mahir. Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 160,000 pekerjaan baharu yang terhasil daripada pelaburan tahun ini, 2021.

Untuk memperkasa usaha peluang pekerjaan ini, negara akan memberi tumpuan kepada pemadanan pasaran, merangkumi kualiti graduan lepasa TVET iaitu bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional.

Melalui kerjasama Pelan Strategik Penciptaan Pekerjaan Nasional (NJCSP) ini, ia akan membantu meningkatkan landskap TVET negara, mencari peluang pertumbuhan baharu untuk ekonomi Malaysia.