Artikel

Hasil Kerajaan Meningkat 4.6% – Kekal Perlahan Bagi Separuh Pertama 2021

Peningkatan hasil kerajaan kepada RM106.4 bilion, dilihat membrangsangkan tetapi kekal perlahan berbanding anggaran yang dijangka pada Belanjawan 2021 lalu.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar pada sidang hari ini (23 September) kedudukan kewangan negara ketika ini mengalami defisit semasa disebabkan ketidakpadanan antara hasil dan perbelanjaan. Malah situasi ini bukanlah perkara baharu yang didepani negara, ia telah berlaku sejak 2016 lagi.

Untuk makluman hasil kerajaan Persekutuan 2021 diunjur meningkat 4.2% kepada RM236.9 bilion atau 15.1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini merangkumi jumlah hasil cukai RM80.2 bilion, sementara hasil-bukan-cukai pula RM26.2 bilion.

Berhubung persoalan jumlah perbelanjaan dalam tempoh separuh pertama 2021 – kini adalah di paras RM164.2 bilion, ia meningkat 5.7% berbanding tahun lalu.

Di mana daripada jumlah tersebut telah diagihkan RM117.4 bilion (perbelanjaan mengurus), RM28.4 bilion (perbelanjaan pembangunan) dan baki RM18.4 bilion ditempatkan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 (KWC).

Setakat ini perbelanjaan mengurus – di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu menampung perbelanjaan berkaitan emolumen (RM43.2 bilion), khidmat hutang (RM18.4 bilion) dan persaraan (RM15.3 bilion).

Manakala perbelanjaan pembangunan pula di bahagikan kepada sektor ekonomi dan sosial, sekitar 82.5%.

Rentetan penjelasan ini, Kementerian Kewangan memahami kebimbangan orang awam berhubung perolehan hasil negara. Untuk persediaan itu langkah meneroka hasi baharu seperti menampilkan pengenalan cuka, memperketatkan kawalan perlesan dan pengimportan produk tembakau akan dibentangkan.

Mof kekal optimis akan pertambahan hasil, susulan kutipan berdasarkan pemfailan cukai syarikat setelah dimuktamadkan pada akhir Jun lalu.