Penurunan peuang pekerjaan di pasaran Malaysia sehingga 29.3% telah melenyapkan potensi graduan Bumiputera untuk menggunakan kemahiran mereka pada sektor ekonomi negara.
Tinjauan Teraju pada Kesan Pandemik Terhadap Peluang Pekerjaan Dalam Kalangan Graduan Bumiputera telah memaparkan hanya 73,400 atau 27% graduan bumiputera sahaja yang memenuhi kriteria peluang pekerjaan pada sektor swasta yang ditawarkan, bagi tahun 2020.
Dapatan yang diterajui RAIT-Unit Penyelidikan, Analitik dan Teknologi Maklumat ini merungkaikan saiz graduan Bumiputera sejak tahun 2017 sehingga 2020 bagi IPTA, IPTS telah meningkat, di mana;
- Bumiputera 259,659 graduan
- Cina 35,904 graduan
- India 12,055 graduan
Situasi itu jelas menimbulkan kesukaran, susulan kemunculan pandemik COVID-19 dan kepelbagaian sekatan mula berlaku pada tahun 2020.
Berdasarkan data Statistik Graduan DOSM 2020 juga turut mengukuhkan kenyataan kesan, apabila peningkatan pengangguran dalam kalangan siswazah meningkat 22.5% kepada 202,400 bagi 2020.
Angka ini lebih tinggi berbanding data pengangguran 2019, sekitar 165,200 siswazah.
Lebih membimbangkan, rata-rata graduan yang berpotensi ini adalah terdiri daripada kumpulan B40, M40. Susulan kejutan ekonomi, ia telah meningkatkan lagi risiko pendapatan isi rumah dan mengehadkan sumber kewangan para graduan.