Artikel

Penggunaan ‘Straw Beras’ Coffee Bean & Tea Leaf – Jadi Tarikan Pengguna, Di Samping Tingkatkan Kelestarian

Sejak April lalu, Coffee Bean & Tea Leaf telah memaklumkan peralihan penyedut minuman mereka kepada straw beras bagi segmen jualan minuman.

Tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk meningkatkan daya kelestarian pemasaran tanpa mengugat kehidupan lain. Untuk makluman, penyedut minuman berasaskan beras ini merangkumi 100% bahan asli dan boleh mengurai sepenuhnya dalam masa sekitar 90 hari.

Melalui penggunaan straw beras ini, materialnya tidak hanya kukuh dan mampan, malah melalui proses penguraian serta boleh di makan oleh para pengguna.

Berdasarkan tanggapan, ternyata strategi kelestarian Coffee Bean & Tea Leaf ini berupaya meningkatkan lagi saingan pemasaran mereka bersama rangkaian minuman lain pada pasaran tempatan.