Susulan krisis gas asli berlaku dalam kalangan pembekal dan pengguna global ketika ini, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum( OPEC) kini memberi amaran berkenaan kesan buruk terhadap pasaran minyak.
Iraq menjangkakan permintaan minyak mentah lebih tinggi susulan kekurangan gas, memaksa pengguna mencari bahan bakar alternatif. Sementara Ketua Firrma Minyak Nigeria, Mele Kyari pula meramalkan permintaan petroleum dapat ditingkatkan sebanyak 1 juta tong sehari, dengan harga berpotensi meningkat AS$10 setong selama enam bulan mendatang.
Walaupun kedua-dua pengeksport itu adalah pemerhati situasi yang neutral, namun pandangan mereka nyata memberi kesan dan semakin meluas pada tanggapan pasaran.
Goldman Sachs Group Inc. pula mengatakan musim sejuk sejuk berupaya mengatasi kemampuan pasaran minyak global untuk menebus dan mengembalikan kerugian bekalan gas sebelum ini, di mana mengakibatkan kenaikan harga berikutan ketidaktentuan ekonomi.
Untuk makluman, hampir 2 juta tong minyak sehari diperlukan bagi penjanaan tenaga dan tujuan industri.
Dalam senario ini, OPEC bersama ahli berpotensi jana keuntungan, ini kerana pihak mereka masih mempunyai bekalan minyak mentah yang tinggi susulan ketika berlakunya wabak dan sekatanĀ tahun lalu. Ini akan tampil sebagai peluang buat negara tertentu, yang ingin memaksimumkan penjualan setelah dilanda konflik selama bertahun-tahun.