Mulai 24 September ini, ketiga-tiga negeri merangkumi Johor, Pahang dan Negeri Sembilan akan beralih peningkatan fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
- Johor beralih ke Fasa 2
- Pahang beralih ke Fasa 3
- Negeri Sembilan beralih ke Fasa 4
Menurut kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri, peralihan fasa ini meliputi garis panduan yang ditetapkan di bawah PPN. Iaitu kadar kemasukan ke hospotal bagi kes bergejala, penggunaan katil unit ICU dan peratusan kelengkapan vaksinasi penduduk negeri.
Untuk makluman, ini perincian terkini peralihan negeri mengikut Fasa di bawah PPN;
Fasa 4 PPN
- Labuan
- Negeri Sembilan
Fasa 3 PPN
- Perlis
- Sarawak
- Pahang
- Terengganu
Manakala Fasa 2 PPN adalah;
- Perak
- Johor
- Kelantan
- Pulau Pinang
- Sabah
- Melaka
- Selangor
- Putrajaya
- Kuala Lumpur
Fasa 1 PPN pula;
- Kedah