Pada makluman terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri hari ini (22 September) – hasil Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 telah capai sepakat membenarkan beberapa pembukaan.
Ini merangkumi pembukaan pusat pelancongan, pulau berserta aktiviti rentas negeri. Bagaimanapun, kebenaran itu hanya meliputi pelepasan 90% vaksinasi dewasa dicapai pada data kesihatan negara.
Setakat ini, antara operasi yang dibenarkan mulai 1 Oktober adalah perniagaan spa, pusat kesihatan. Sementara itu, operasi kedai runcit, restoran, pasar dan stesen minyak telah dibenarkan buka pada jam 6 pagi sehingga 12 malam.
Sebarang makluman lanjut akan diperincikan dari semasa ke semasa.
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju memberi kebenaran RENTAS NEGERI dan pembukaan semula pusat pelancongan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa.#KeluargaMalaysia#BekerjaBersamaRakyat pic.twitter.com/WWntZCZfL0
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) September 22, 2021