Artikel

Kit Ujian Kendiri COVID-19 Akan Dibekalkan Ke Seluruh Sekolah Malaysia – KPM

Memahami kebimbangan ibu bapa serta petugas sektor pendidikan – kelak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengagihkan bekalan kit ujian kendiri COVID-19 kepada seluruh sekolah di negara.

Agihan kit ujian kendiri ini akan mula dilakukan ketika sesi pembukaan kelak- bagaimanapun kaedah ujian saringan diberikan berbeza mengikut situasi persekolahan.

Semua sekolah merangkumi berasrama penuh, sekolah asrama harian dan sekolah harian akan menerima bekalan yang seimbang.

Namun bagi kemasukan sekolah asrama penuh perlu melalui 3 kali ujian saringan iaitu pada hari pendaftaran, hari keenam dan hari ke-14.

Manakala sekolah asrama harian pula perlu laksana ujian saringan pada hari pendaftaran dan sekolah harian akan memiliki bekalan ujian sebagai persediaan.