Artikel

Harga Minyak Petrol Naik Semula – RON97 Meningkat 2 Sen, Sementara RON95 Kekal Paras Siling

Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara esok, ia menunjukkan peningkatan pada minggu ini.

Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 23 September 2021 hingga 29 September 2021.

RON97 naik 2 sen dengan catatan RM2.75 sen seliter, sementara RON95 pula kekal di paras harga RM2.05 sen seliter – ini disebabkan penetapan harga siling.

Diesel juga masih kekal pada paras harga RM2.15 sen seliter.

Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.